Monday, January 10, 2011

Sesuci epilog cinta


Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi. Amir masih belum pulang lagi. Ana yang telah lama menunggu di ruang tamu tidak senang duduk. Pemergian ibubapa Amir ke Jakarta membuatkan Ana kebingungan. Janji yang telah dibuat untuk memerhatikan Amir membuatkan Ana rasa terbeban. Walaupun begitu, amanah yang diberikan dilakukan dengan sebaik mungkin.
Mana pulak dia ni?
Dah pukul 3 lebih tak balik-balik lagi.
Mata aku dah tak tahan dah ni. Dia ni susahkan aku jela.
Kalau tak disebabkan aku nak jalankan amanah aunty Mila, lama dah aku masuk tidur.
Tiba-tiba pintu depan rumah banglo 3 tingkat terbuka dengan kuatnya. Terjenggul kepala Amir sambil berjalan terhuyung hayang.
En. Amir pergi mana? Lewat begini baru balik?
Hey perempuan, aku nak pergi mana ke, itu aku punya suka.
Kau jangan nak menyibuk. Tahu tak!! Jerkah Amir dalam keadaan yang separuh sedar.
Maafkan saya En. Amir, saya Cuma khuatir diri En. Amir.
Aku bukan budak-budak lagi. Dah aku nak tidur. Malas aku nak layan kau.
Dalam keadaan Amir yang mabuk, Ana sempat memaut lengan Amir supaya dia tidak jatuh.
Kau nak buat apa ni hah!! Aku boleh jalan sendiri. Kau tak payah nak tunjuk baik dengan aku,
Dengan mama dan papa aku, kau boleh buat macam tu. Kau ingat kau boleh jadi menantu dalam rumah ni!
Sentapan lengan Amir membuatkan Ana terkejut. Kata-kata Amir menyebabkan hati Ana membara.
En. Amir, saya bukan nak tunjuk baik dengan En. Amir dan tak terlintas pun dalam kepala saya nak jadi menantu rumah ni. Kata-kata Ana tidak lansung diendahkan oleh Amir. Amir terus menghayun kaki ke biliknya.
Cisss tak guna betul mamat ni. Suka-suka hati dia je cakap aku macam tu. Hey, aku pun tak inginla nak jadi bini kau. Rengus Ana dalam hati.
Sebab nak tunggu dia, terpaksa aku korbankan masa tidur aku ni. Dahla esok aku ada ujian. Ya, Allah janganla  esok aku jadi ‘blank’ nak jawap paper. Aku kalau tak cukup tidur jadi slow sikit. Ana membebel seorang diri.
Begitula sikap Ana setiap kali menghadapi peperiksaan atau ujian. Dia lebih suka tidur awal sebelum hari peperiksaan. Tidak seperti setengah pelajar yang masih mengambil kesempatan untuk melihat buku walaupun di saat akhir masuk ke dewan peperiksaan.
Tadi aku tengok kau asyik menguap je, apa hal? Tanya Amy. Sahabat baik Ana.
Aku tak cukup tidurla. Dekat pukul 4 pagi aku baru boleh tidur. Nasib baik  soalan tadi tak berapa susah, kalau tak memang aku ‘blank’. Terang Ana
Pergh, study maut ni. Mesti kau score nanti. Tapi kalau kau study betul-betul ke main-main ke, kau memang mantap. Hehe.
Kata-kata Amy membuatkan Ana sedikit berbangga. Memang semua akui kebijaksaaan Ana di dalam kursus yang dipelajarinya. Ana mudah memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh setiap pensyarah. Tidak hairan dia selalu mendapat keputusan yang paling tinggi antara pelajar lain. Sebagai sahabat Amy cukup berbangga kerana mempunyai sahabat sebangsa dengannya yang pintar.
Bukanla. Aku study macam biasa je.
Lepas tu,kes apa pulak kali ni? Gelang Amy sambil tersenyum kepada Ana.
Si mamat berlagak tu, dera aku, semalam aku terpaksa tunggu dia balik. Dahla balik lambat, lepas tu  free-free je kena maki. Tension betul aku. Jawab Ana dengan nada geram.
Aku tunggu dia punya pasal sampai mata aku ni nak bengkak.
Relaxla kawan, bukan kau baru kenal dia. Kau kena sabar jela layan karenah dia. Orang cakap kalau selalu sangat gaduh-gaduh ni, mungkin jodoh kita. Amy  tersengih-sengih melihat muka Ana yang naik merah.
Nauzubillah, tak sanggup mak oiii. Silap-silap aku ni jadi tempat dia lepaskan geram. Tegas Ana
Tidak dapat Ana bayangkan jika itu berlaku. Kemudian Mereka pun berjalan beriringan menuju ke kafe untuk makan tengah hari.

Kafetaria yang terletak berdekatan perpustakaan Dr. Abdul Latiff memang terkenal dengan masakannya yang enak. Hidangannya sentiasa membuatkan semua memuji masakan makcik Leha. Sehinggakan Ana dapat mengecam sama ada masakan tersebut dibuat oleh makcik Leha atau daripada tukang masak yang lain.
Ana kau cuba tengok dalam bilik makan staff. Cubala kau toleh jap. Tapi kau buat-buatla macam kau tengok tempat lain. Ajar Amy.

No comments:

Post a Comment