sesuci epilog cinta part 3

“Apa yang kau senyum sorang-sorang tu, buang terbiat ke bro??, kau ni dah kronik. Mengelamun je bila aku cakap pasal minah kampung tu,” gerutu Amir. Amir terus berlalu , malas hendak dilayan angau Faizal.
“Fuhh lega tul kelas dah abis, kepala aku dah tak boleh terima lagi. Ni mesti kes aku tak cukup tidur. Takpe taula nati apa aku nak buat dekat kau Amir,” Ana menyimpan amarah kepada anak aunty Mila.
“Jom, balik. Aku hantar kau,” pelawa Amy. Sudah menjadi kebiasaan Amy menghantar Ana pulang ke rumah Aunty Mila di Damansara utama. Walau bagaimanapun, Ana kadang-kala tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu. “takpela Amy, aku naik train la hari ni,” aku malas nak sampai rumah awal la, malas nak bersemuka dengan mamat tak berapa betul tu,” rungut Ana.
Hahaha, lawak la kau ni Ana, jahat-jahat dia tu, dia hansem tau,” Amy senyum sumbing.
“Kau ni lain takde, asyik tengok rupa, semua tu belum tentu menjamin kebahagianla kawan,” ejek Ana
“Aku taula, yang penting hati kena baik, Cuma kalau hansem kira bonus la, hehehe,” balas Amy
“Takde maknanya, kau tu belum kerja, mana ada bonus,” gelak Ana. Okla kalau kau nak balik naik train, aku balik dulu la ek, mata aku ni pun dah tak boleh bukak, sebab stay up semalam,” Ok, drive carefully, Assalamualikum,” sambil Ana bersalaman dengan Amy mengakhiri pertemuan mereka pada hari itu.

Banyak perkara telah berlaku semenjak Ana tinggal di rumah mewah Aunty Mila. Aunty Mila dan Uncle Razak yang beriya mendesak Ana tinggal bersama mereka. Tatkala mengetahui Ana akan menyambung pelajarannya di peringkat sarjana di kuala lumpur, mereka begitu senang hati menerima kehadiran Ana. Tambahan pula Ana merupakan anak kawan baik ibunya dengan aunty Mila sewaktu belajar di UK dahulu. Persahabatan yang akrab itu terpisah setelah aunty Mila bertemu jodoh dengan uncle Razak. Lalu mereka berdua membawa haluan masing-masing.