sesuci epilog cinta part 2


Sebenarnya Amy mahu Ana melihat sendiri kelibat Dr. Zaidi atau lebih terkenal dengan panggilan Dr. Z dikalangan pelajar-pelajar jurusan Farmasi.Dr.Z merupakan antara pensyarah yang diminati oleh ramai pelajar. Bukan sahaja dari jurusan Farmasi bahkan dari jurusan yang lain juga. Ini disebabkan ketampanan dan kesegakkan yang dimiliki oleh jejaka itu. Tambahan pula, pensyarah yang bertubuh tegap dan berkulit sawo matang itu masih belum berkahwin.
Aku nak makanla, ada siapa dalam bilik tu? Tanya Ana sambil menyuap nasi ke dalam mulut.
Ala kau pandangla kejap, nanti menyesal. Amy berkata dengan bersungguh-sungguh.
Kemudian Ana dengan lagak selamba seperti ingin mengambil barang di belakangnya memandang ke tempat yang dimaksudkan oleh Amy.
Lorr, kau nak tunjuk itu ke? Hmm aku ingat ada anak raja mana  yang makan dalam bilik staff tu. Rengus Ana.
Sebenarnya Ana memang tidak ambil port pasal Dr.Z. Walaupun Amy selalu mengusha Dr.Z, tetapi Ana selalu menunjukkan reaksi kurang berminat.
Kenapala hensem sangat Dr.Zaidi ni, kalau dia jadi boyfriend aku, bestnya. Amy mula berangan-angan.
Dah kau jangan nak buat aksi camtu. Nanti tak pasal-pasal apa yang makan ni terkeluar balik. Peril Ana
Aku tak fahamla dengan kau ni, semua student minat kat dia, kau pulak selalu buat dek je. Kau ni memang tak ada perasaan dekat lelaki ke?
Malasla aku nak fikir pasal benda-benda tu. Lagipun cik Amy, Takkannya Dr.Z tu nak pandang orang macam kita. Dia tu pensyarah, kita ni student, mana layak. Ana mula membebel.
Takdela sekurang-kurangnya, umur dia dengan kita bukannya jauh sangat, 5 tahun je. Lagipun kitakan postgrad student.
Tapi namanya tetap student cik Amy Diana oiii. Ana terus bangkit untuk basuh tangan selepas selasai makan.
Sedang Ana basuh tangan di sinki, tiba-tiba mata Ana dan Dr.Z bertemu. Kemudian, Dr.Z memberikan senyuman kepada Ana. Ana terus membasuh tangannya cepat-cepat dan meninggalkan tempat itu.

Amir, apsal kau lambat datang meeting hari ni? Kau lupa ke hari ni ada meeting dengan semua lembaga pengarah? Faizal berang dengan kelakuan Amir yang sentiasa lupa dengan meeting yang perlu dia hadiri.
Alamak bro, sorryla. Semalam aku balik lambat. Lepas tu, si budak kampung tu tak kejut aku pulak. Nak balas dendamla tu. Rengus Amir.
Kenapa pulak dia nak balas dendam dengan kau. Ni mesti kau yang buat dia bengang. Setahu aku dia ok je. Faizal menyebelahi Ana.
Aku tahula kau ada hati dengan minah kampung tu. Setiap kali aku cerita pasal dia kau mesti interested.
Aku pun pelik apalah ada pada budak tu sampai kau tergila-gila sangat dengan dia.Amir menyindir Faizal
Semenjak pertemuan Faizal bersama Ana ketika dia datang ke pejabat Amir telah membuahkan perasaan yang sukar ditafsirkan. Selepas pertemuan itu, Faizal sering teringatkan Ana. Ketika Ana datang ke pejabat Amir, Faizal memerhatikan tingkah laku Ana yang begitu tertib. Tidak kira sewaktu bertanya atau ketika mengemaskan barang-barang di pejabat Amir. Bukan itu sahaja, raut wajahnya yang begitu lembut membuatkan mana-mana lelaki yang memandang pasti terpikat. Bezanya, Ana tidak begitu menonjol dalam berpakaian. Hanya berpakaian biasa dan cukup menutup aurat.
Pernah suatu ketika Ana ke kampus dengan berbaju kebaya kerana waktu itu dia perlu hadiri suatu makan malam yang dianjurkan oleh UKM bagi peserta-peserta persidangan. Pada saat itu, banyak mata yang melihat tanpa berkelip kerana gaya yang dibawa oleh Ana cukup berlainan. Kebetulan Faizal juga menghadiri majlis itu sebagai wakil daripada syarikat yang memberi sumbangan terbesar bagi persidangan itu. Pertemuan itu juga yang membuatkan hati Faizal tidak keruan setiap kali memandang Ana.