Saturday, April 9, 2011

ilusi, realiti..mana satukah?? part 1

Bila bercakap pasal asrama, kolej, sekolah dan malah universiti, satu perkara yang bermain di fikiran kita adalah kejadian-kejadian yang seram. Entah mengapa perkara tersebut agak sinonim dengan tempat-tempat seperti itu. Tapi aku tahu di mana-mana pun kita berada, syaitan sentiasa mengganggu anak-anak adam. Apa yang penting setiap makhluk yang ada di muka bumi ini adalah makhluk yang Dia ciptakan.

Kejadian yang pernah menimpa aku suatu ketika dahulu. Aku yang terlebih rajin agak gemar ‘stay back’ lepas waktu pejabat. Walaupun aku ni bukannya orang bekerja, tapi kerja aku tidak mengira masa. Siapakah aku sebenarnya? Aku adalah seorang pelajar yang perlu menyiapkan penyelidikan aku demi memperoleh segulung sarjana. Untuk itu, kebanyakan kerja makmal yang perlu aku siapkan selalunya habis sehingga waktu malam.

Hari tersebut tidaklah begitu biasa. Aku balik agak awal dalam pukul 6.30 petang. Jika sebelum ini kebanyakan waktu kerja aku habis sehingga pukul 8 malam. Entah mengapa pada hari tersebut agak berlainan sedikit. Adakah khayalan aku atau benar-benar kejadian. Aku pun tak pasti. Setelah selesai mengemas semua barang di dalam bilik 208, tempat semua pelajar sarjana berehat-rehat, aku mengambil kunci kereta dan turun bersama-sama alel, kak pipah dan kak fafau.

‘Oit, kita nak makan mana nanti’ aku bertanyakan yang lain-lain. ‘Ikut korang lah’, jawab alel. Sedang diorang sibuk memikirkan tempat mana nak dituju, aku mencari-cari nota kecilku. Nota itu tercatit semua perjalanan lab yang aku lakukan pada hari tersebut. Konon-konon nak di masukkan dalam buku kerja aku nanti. ‘Aisey, mana lak buku ni, korang jap, aku tertinggal baranglah’. Aku mengajak kak fafau untuk bersama-sama aku mengambil buku yang tertinggal di bilik 208.

Pintu bilik 208 dikuak semula. Aku memasang lampu sebab kami orang terakhir tinggalkan bilik tersebut. Keadaan bilik yang tidak begitu besar memudahkan aku mencari buku aku. Aku tanggalkan kasut untuk masuk ke dalam untuk melihat di mana letaknya buku tersebut. Aku mencari agak tergesa-gesa sebab aku tak mahu alel dan kak pipah menunggu kami agak lama. Aku bukan sahaja melihat di semua tempat malah menyelak-nyelak kertas atau apa sahaja yang ada di atas meja. Maklumlah buku nota itu agak kecil. Mana tau kalau terhimpap demgan buku-buku besar. Puas aku mencari hampir keseluruhan meja, tapi aku masih tak dapat jumpa. Aku periksa di dalam labcoat aku, tiada. `Ish, mana pulak buku ni’. Kak fafau hanya memerhati. Dia Cuma menunggu aku di bahagian depan bilik sebab malas untuk tanggalkan kasut.


ntuk puaskan hati, aku belek sekali lagi setiap atas meja. Sedang aku mencari-cari, aku terdengan bunyi seperti orang berjalan. Aku amati betul-betul bunyi tersebut seperti berada di dalam bilik kami berada. Aneh!!. Aku perhatikan kaki kak fafau tapi dia tak bergerak. Jika dia bergerak hanya setapak-tapak. Tapi bunyi tersebut seolah-olah orang berjalan dengan laju. Aku dapat melihat muka kak fafau juga mengamati pergerakan aku. Tak mungkin aku yang tidak berkasut ketika itu akan berbunyi jika berjalan. Aku sedapkan hati dengan memikirkan bahawa mungkin ada orang yang sedang berjalan diluar atau di bilik atas. Tapi sekali lagi fikiran aku terhenti apabila aku teringatkan bahawa bilik di atas juga lab yang mana penghuninya juga telah pulang. Jika ada orang melintasi bilik kami ketika itu, mengapa bunyinya tidak berkurangan malah bunyi langkahnya sama seperti awal. Bunyi langkah tersebut seperti hanya berlegar-legar di kawasan itu.

Seperti mengetahui isyarat mata kak fafau, aku terus meninggalkan bilik 208 dengan segera. Buku yang aku cari juga tidak aku temui. Ketika berada diluar, aku bertanyakan kak fafau. `Akak, dengar tak apa yang azi dengar tadi’. Kak Fafau hanya mengangguk. Seperti memahami situasi itu, aku dan kak fafau mengayun langkah cukup laju.

Sampai di kereta kak pipah, kami mula membuka cerita tentang kejadian tersebut. Alel bertanya kepada aku, adakah barang yang aku cari dah jumpa? Bila aku mengatakan tidak, mereka agak pelik sebab kami mengambil masa yang panjang berada di bilik tersebut. Tidak mahu berfikiran jauh, kami mematikan cerita tersebut. Tapi jauh di sudut hati tertanya-tanya juga. Apa sebenarnya tadi ye?

Lokasi bilik 208 yang agak terperuk di belakang dan merupakan bangunan paling hujung di ukmkL. Lokasinya bertambah strategi bila ia berdekatan dengan pusat forensik HKL. Bila memikirkan perkara itu, ada kemungkinan juga.

Hari keeseokannya, seperti biasa aku datang agak awal. Ketika itu, penghuni 208 masih belum tiba. Peristiwa semalam telah aku lupakan seketika. Aku masuk dengan memberi salam dan memasang lampu. Dengan tak di sangka-sangka, buku yang aku cari kelihatan jelas di atas meja komputer. Dari kejauhan aku telah lihat. Sekali lagi aku pelik. Semalam aku punya bersungguh-sungguh mencari buku tersebut, masih tidak jumpa. Tapi hari ini bagaimana aku mudah melihat buku aku tu. Sekali lagi menjadi persoalan. Aku ambil buku tersebut dan membelek setiap helaian. Semua dalam keadaan biasa. Kira okla tu, takde yang pelik di dalamnya. Aku mengambil buku tersebut dan labcoat aku terus masuk ke dalam lab. Aku membiarkan saje apa yang berlaku dengan persoalannya sendiri.

No comments:

Post a Comment